SEINDAH KATA SECANTIK BAHASA...

Khamis, 12 Ogos 2010

Semulia Bulan Ramadhan

Sedar tidak sedar kita telah berada di bulan penuh barakah ni.Setiap detik masa berlalu kadang kala hampir kita tidak menyedari perjalanan masa kehidupan ini semakin hari semakin cepat dan pantas..namun alhamdulillah lafaz kesyukuran yang tiada terhingga kita masih lagi diberi peluang oleh Maha Pencipta dengan pertemuan bulan yang penuh barakah ini.Kadang terlintas dibenak pemikiran ini adakah kita masih lagi diberi peluang untuk kesekian kalinya bertemu dengan Ramadhan ke tahun ke seterusnya??mudah mudahan ini bukanlah kali yang terakhir.
Sayup kedengaran alunan kalam wahyu Ilahi memberikan kedamaian dan ketenangan hati buat mereka yang sentiasa melazimi ayat-ayat yang penuh azimat dan memuji kebesaran Allah swt.Bukan mudah ingin melihat suasana sebegini namun di bumi para ambia' ini menjadi satu kebiasaan bangsa arab ini sentiasa mengisi masa-masa mereka dengan membaca al-quran tambahan lagi di bulan yang mulia ini iaitu Ramadhan Al Karim.Tidak dinafikan terlalu banyak kelebihan dan fadhilat bulan ini.Bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan daripada Allah SWT..bulan yang mana diturunkan Al-quran.Lailatulqadar hari yang dinanti -nantikan oleh setiap orang mukmin..para malaikat turun memberi rahmat ke segenap petala langit dan bumi.Hanya mereka yang terpilih sahaja bisa mendapatkannya..moga-moga kitalah sebahagian dari golongan itu.Justeru,bulan Ramadhan adalah semulia-mulia bulan yang dapat mendidik jiwa dan rohani agar lebih rasa mendekati diri kepada Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan